Kes denggi di Sabah meningkat dengan 1,791 kes direkodkan setakat 2 Julai lepas berbanding 887 kes untuk tempoh sama pada 2021.<br /><br />Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Shahelmey Yahya berkata angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 101.9 peratus.<br /><br />Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang mengambil langkah segera untuk mengatasi situasi tersebut.